Header Ads

Ribuan terperangkap banjir landa Santa Cruz

Beribu-ribu rakyat Britain dilanda banjir besar yang menimpa Santa Cruz selepas dilaporkan hujan lebat selama 12 jam.

Para pelancong telah ditempatkan di hotel selepas semua jalan ditutup kerana air deras dan tanah runtuh, seperti dipetik dari Mirror, kelmarin.

Santa Cruz merupakan wilayah yang terletak di pulau Tenerife, iaitu sebahagian daripada Kepulauan Canary dengan penduduk lebih 220,000 orang.

Tiada laporan mangsa yang terkorban, namun rakaman video dan gambar yang beredar di internet menunjukkan arus air yang besar sehingga menyebabkan banyak kenderaan hanyut dibawa arus deras.
Dikuasakan oleh Blogger.