Header Ads

Selamat tahun baru 1436 Hijrah

Umat Islam di seluruh dunia kini sedang menyambut tahun baru 1436 Hijrah, iaitu bermulanya kalendar taqwim bagi tahun baru umat Islam.

Di Malaysia, seluruh penganut Islam menyambut kedatangan tahun baru bermula azan maghrib hari ini sambil membaca doa awal tahun bagi mendapat keberkatan tahun baru yang akan ditempuhi dengan azam baru dan penambahbaikan ke arah keredhaan Allah.

Sebelumnya, umat Islam akan membaca doa akhir tahun selepas waktu Asar tadi, semoga mendapat keredhaan Allah terhadap amalan yang dilakukan sepanjang tahun lepas (1435 Hijrah).

WarkahDaily mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah tahun 1436 kepada semua pembaca dan pengunjung yang budiman lagi dihormati. Semoga di tahun ini akan lebih baik daripada tahun lelas agar kita sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Apakah azam baru kita pada tahun ini? Mungkin ada yang terlupa tentang tahun baru Hijrah kerana setiap kegiatan kita banyak bersandarkan dengan tahun masihi sejak turun temurun termasuk urusan rasmi.

Walau bagaimanapun, marilah kita sama-sama ingat mengingati kepada perkara yang makruf (kebaikan) dan mencegah daripada perkara mungkar (kejahatan). Semoga hidup kita senantiasa di bawah naungan Allah.
Dikuasakan oleh Blogger.