Header Ads

Selangor lulus tabung khas pulih projek perumahan terbengkalai

Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan penubuhan satu tabung khas untuk memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai.

"Tabung ini yang dinamakan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai (Tepat) akan memiliki dana sehingga RM20 juta," ujar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Iskandar Abdul Samad.

Katanya, dana itu akan disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Menurutnya lagi, tabung itu akan mengutamakan Rumah Kos Rendah (RKR), Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) dan Rumah Kos Sederhana (RKS).

Tambah beliau, peratus kos yang akan ditanggung oleh kerajaan negeri adalah sepertimana berikut:



"Setakat ini, 4 projek perumahan yang melibatkan hampir 1,000 unit kediaman telah dikenalpasti untuk dipulihkan. Projek-projek lain juga akan dikenal pasti selepas ini," jelasnya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarya adalah diharapkan Tepat akan dapat membantu pembeli yang menjadi mangsa projek-projek perumahan yang terbengkalai.
Dikuasakan oleh Blogger.