Header Ads

Serangan bom di sebuah negara yang 'aman'

Bom kedua telah diletupkan oleh unit pemusnah bom.
Ketika negara diwar-warkan sebagai sebuah negara yang aman, penduduk di ibu negara telah digemparkan dengan satu kejadian serangan bom sehingga menyebabkan seorang maut manakala 12 lagi cedera di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex, Bukit Bintang kira-kira jam 4.20 pagi, hari ini.

Mangsa terbunuh ialah seorang pekerja joki kereta selepas mengalami kecederaan parah dan mangsa disahkan meninggal ketika menjalani pembedahan.

Dilaporkan, letupan itu berpunca daripada serangan bom 'molotov cocktail' dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap.

Menurut timbalan ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa, terdapat individu tidak dikenali telah melemparkan dua bom dari aras dua tempat letak kereta bangunan berkenaan.

"Suspek dipercayai membalingkan bom dari tingkat atas bangunan. Satu daripada bom itu meletup di hadapan kelab malam. Satu lagi tidak meletup dan berada di bawah kereta Toyota Camry, yang terletak berhadapan kelab malam tersebut," katanya.

Bom kedua kemudiannya diletupkan oleh unit pemusnah bom pada tengah hari tadi.

Mangsa terbabit ialah, tujuh adalah rakyat tempatan, 4 orang warga China manakala seorang dari Singapura dan Thailand.
Dikuasakan oleh Blogger.