Header Ads

Usaha terancang jatuhkan ulama

Penyebaran video lucah di media sosial yang kononnya ada kaitan dengan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hanyalah usaha jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya, Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Bukan... jangan percaya... itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI, tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini ia seperti sudah menjadi satu trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama. Ini sebab, pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu, hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang,” katanya ketika dihubungi, di Kuala Terengganu, semalam.

Zulkifli berkata, pihaknya percaya ada segelintir pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor seperti itu bagi menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.