Header Ads

[Video] Mengejutkan, sotong gergasi serang kapal selam

Kamera video yang diletak di luar kapal selam milik Organisasi Pelindungan Alam Sekitar, Greenpeace telah merakamkan seekor sotong raksasa didapati menyerang kapal selam mereka.

[Tonton video bawah artikel]

Haiwan laut tersebut kelihatan berputar sambil merempuh badannya serta melibas sesungutnya ke arah kapal selam itu, sambil menyembur cecair dakwat berwarna hitam.

Terkejut dengan reaksi mendadak haiwan cephalopoda itu, anak kapal selam telah menyuluh cahaya ke arah sotong berkenaan untuk mengusir supaya berlalu dari situ. Namun, sebaliknya berlaku, sotong berkenaan semakin menggila, memukul-mukul sesungutnya ke arah kapal selam.

Insiden tersebut berlaku di Laut Bering, wilayah perairan antara Rusia dan Alaska. Namun belum diketahui bila insiden tersebut berlaku.

Sejurus selepas itu, sotong berkenaan kemudiannya lari dari situ tanpa berlaku kemalangan anak kapal dan dilaporkan tiada kerosakan berlaku ke atas kapal selam.

Menurut laporan video yang disertakan, "Seekor sotong menyerang kapal selam ketika ekspedisi 'Bering Sea' bersama Greenpeace USA!", demikian menurut laporan yang dipetik dari News.com.au, semalam.

Berkenaan sotong, para saintis dari Auckland, New Zealand melakukan ujian forensik terhadap haiwan laut berkenaan, dikatakan saiznya sebesar bas mini, dan berat sekitar 350 kilogram.

Sotong yang difahamkan sebagai betina itu mempunyai 8 sesungut yang panjangnya masing-masing mencapai lebih dari 1 meter.


Dikuasakan oleh Blogger.