Header Ads

Wajah kacak Menteri muda Sweden cairkan hati wanita Turki

Menteri Kesihatan Sweden yang baru, Gabriel Wikström memang istimewa. Ia diangkat jadi menteri dalam usia muda, 29 tahun dan wajahnya yang kacak meluluhkan hati ramai wanita terutama dari Turki.

Minggu lepas, Wikström mempunyai hanya sekitar 2 ribu pengikut di Twitter, namun kelmarin, follower twitternya bertambah secara mendadak menjadi lebih 22,800 pengikut. Para peminat memberi gelaran kepadanya sebagai 'Menteri kacak'.

Pada awalnya Wikström mengaku tidak mengetahui perkembangan mendadak menjadi terkenal di dunia maya. Tapi, kuncinya ada di Turki.

"Seseorang yang mempunyai ramai follower telah men'twit' sesuatu tentang saya. Tiba-tiba pada Isnin lepas beliau mendapati ramai pengikut dari Turki," kata Wikström seperti dipetik dari BBC.
Dikuasakan oleh Blogger.