Header Ads

Wanita cantik pilih bunuh diri daripada jadi mangsa ISIS

Pejuang wanita etnik Kurdi di Turki, Ceylan Ozalp tekad melepaskan tembakan pada dirinya sendiri ketika dalam keadaan genting samada ditangkap oleh pengganas ISIS.

Sebelum terkorban, wanita yang mempunyai rupa paras cantik itu pernah memberitahu dalam sebuah wawancara dengan BBC, "Kami tidak takut dengan sesiapa. Kami akan berjuang sampai mati. Kami lebih memilih bunuh diri daripada ditangkap IS," ungkap wanita itu seperti dilaporkan oleh al-Arabiya, semalam.

Dalam wawancara berkenaan, Ceylan turut mendedahkan kelemahan kumpulan ISIS bahawa kumpulan itu sangat takut dengan wanita yang bersenjata.

"Apabila mereka melihat wanita dengan senjata, mereka sangat takut, mula gementar. Mereka menyebut sebagai lelaki kuat, tapi ketika melihat kami membawa senjata, mereka lari. Mereka tak takut melihat wanita biasa, tapi kalau melihat salah satu dari kami (yang bersenjata), bagi mereka sama saja 1,000 lelaki, "jelas Ceylan dalam wawancara berkenaan sebelum terkorban.

Ceylan begitu bersemangat untuk menghancurkan ISIS kerana ramai kerabat dan temannya menjadi mangsa serangan rejim yang mendakwa konon mahu mendirikan Daulah Islamiyah itu.

Ceylan menjadi salah seorang daripada ribuan pejuang Kurdi yang berani melancarkan perang melawan ISIS. Selain wanita berkenaan, beribu-ribu lagi wanita pejuang yang gagah berani, bergabung ke kumpulan seperti Syrian Kurdish People 's Protection Units (YPG) dan the Kurdistan Workers' Party (PKK) turut serta untuk bertempur.

Ceylan merupakan salah seorang dari kebanyakan wanita yang menjadi mangsa kekejaman ISIS. Menurut laporan yang dikeluarkan PBB, beribu-ribu wanita yang dirogol dan kemudian dijadikan hamba seks oleh ISIS selain kanak-kanak turut menjadi mangsa.
Dikuasakan oleh Blogger.