Header Ads

Wanita dihukum gantung kerana bunuh lelaki cuba perkosanya

Seorang wanita di Iran, Rayhaneh Jabbari telah dijatuhi hukuman gantung oleh mahkamah tempatan atas kesalahan membunuh lelaki yang cuba memperkosanya, semalam.

Mangsa berusia 26 tahun itu menjalani hukuman gantung pada Selasa, selepas menghabiskan masa tujuh tahun di penjara sebelum itu.

Menurut laporan berita International Businees Times, lelaki yang cuba memperkosa mangsa adalah seorang anggota perisikan Iran bernama Morteza Abdolali Sarbandi.

Peristiwa hitam itu bermula ketika mangsa dan Morteza bertemu di sebuah kedai kopi sebelum mereka berdua berkenalan. Pada mulanya, mangsa yang juga seorang pereka dalaman rumah diminta Morteza untuk mengubahsuai rumahnya sebelum mereka merancang melakukan temu janji sebagai klien.

Pada hari yang ditetapkan, Morteze menjemput mangsa, kemudian menuju ke lokasi yang yang disangka wanita berkenaan sebagai pejabat perisik berkenaan, namun ternyata Morteze membawa mangsa ke rumahnya.

Setiba di dalam rumah, Morteze dilaporkan mengunci pintu rumahnya sebelum cuba melakukan keganasan seksual terrhadap mangsa dan cuba memperkosanya.

Tidak berdiam diri, mangsa terus melawan terhadap keganasan lelaki berkenaan sehingga berlaku pergelutan dan akhirnya mangsa menusuk lelaki berkenaan dengan benda tajam dan menyebabkan kematian.

Mangsa yang nyaris jadi mangsa rogol itu ditahan pihak berkuasa beberapa hari kemudian sebelum diadili mahkamah dan didapati bersalah atas tuduhan membunuh lelaki berkenaan.

Sebelum itu, mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung pada April lepas, namun hukumannya telah ditangguhkan oleh kerajaan sebelum dilaksanakan semalam, 30 September.
Dikuasakan oleh Blogger.