Header Ads

1Bestari Net: Gagal penuhi kontrak, YTL disaman RM2.4 juta

Syarikat YTL Communications disaman sebanyak RM 2.4 Juta bulan lalu apabila mereka gagal memenuhi sasaran di bawah kontrak 1BestraiNet.

Syarikat telekomunikasi ini disaman setelah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati YTL gagal memenuhi kontrak memasang rangkaian internet jalur lebar 1BestariNet kepada 1003 buah sekolah.

YTL sepatutnya menyediakan rangkaian 1BestariNet kepada 9889 buah sekolah di dalam tempoh masa 30 bulan bermula Disember 2013. Selain daripada itu laporan audit negara juga melaporkan apabila ujian secara rawak dilakukan ke atas beberapa sekolah yang menerima rangkaian 1BestariNet, kelajuan internet yang dicapai adalah tidak memuaskan.

Setiap sekolah sepatutnya dilengkapi internet dengan kelajuan diantara 4-20 Mbps tetapi hanya berjaya mencecah 0.2- 3 Mbps apabila digunakan pelajar.

Tahap penggunaan sistem Virtual Learning Experience (VLE) yang ditawarkan amat rendah di kalangan pelajar dan guru juga dengan kadar penggunaan hanya 4%.

Kegagalan pihak YTL untuk memenuhi syarat-syarat kontrak ini pastinya mengecewakan rakyat Malaysia khususnya yang membayar cukai dan mempunyai anak yang kini bersekolah.

Ia mengingatkan kita kembali kepada laporan audit negara tahun 2011 yang menunjukkan beberapa yang masih belum mempunyai makmal komputer kerana bangunannya gagal disiapkan ataupun peralatan komputer masih belum dihantar.

Projek pembestarian sekolah-sekolah di Malaysia sudah dilakukan sejak tahun 1999 pada beberapa sekolah terpilih. Kegagalan demi kegagalan membelenggu projek pembestarian sekolah di Malaysia.

Pihak-pihak yang terlibat nampak seperti tidak serius dalam membestarikan generasi masa depan Malaysia kerana membenarkan kegagalan berlaku tahun demi tahun tanpa penalti yang lebih membebankan.

Sebagai contoh projek 1BestariNet menelan belanja RM 663 Juta tetapi hukuman atas kegagalan memenuhi kontrak hanya sebanyak 0.3% dari nilai kontrak yang diterima. Sepatutnya janji sudah ditepati, kini masa pelajar bestari. Tetapi kelajuan internet sepantas siput berlari.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.