Header Ads

9 lagi mangsa korban MH17 belum ditemui

Koenders di Kharkiv dalam upacara pelepasan 5 mayat mangsa korban MH17 ke Belanda.
Sejumlah 9 mayat mangsa tragedi pesawat MH17 yang didakwa ditembak peluru berpandu di Ukraine timur, masih belum berjaya ditemui.

Menteri Luar Negara Belanda, Bert Koenders mendedahkan hal itu di Kharkiv, Ukraine, selepas upacara pelepasan 5 mayat mangsa MH17 yang diterbangkan ke Belanda. Demikian lapor oleh BBC, semalam.

Pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Malaysia telah jatuh ditembak pada 17 Julai 2014 di wilayah Ukraine, kawasan yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

Sebahagian besar yang terkorban, 193 dari 283 mangsa termasuk 15 krew pesawat adalah warganegara Belanda.

Menurut Bert Koenders, pihaknya tidak boleh menyatakan sekarang ini secara pasti berkaitan korban tersebut.

"Pada saat bila kami dapat menemui 9 lagi mangsa korban terakhir itu," kata Koenders.

"Tapi kami akan melakukan segala yang boleh dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa di sini bagi merealisasikan hal itu," tegas beliau, seperti dipetik pejabat berita AFP.

Belanda mempunyai peranan utama dalam menyiasat nahas pesawat berkenaan namun para penyiasat berdepan peluang yang terhad untuk ke lokasi tragedi yang berada di bawah kawalan pemberontak.

Kyiv menuduh pemisah pro-Rusia menembak jatuh pesawat. Sebaliknya, Rusia mendakwa pesawat tentera Ukraine yang menembak jatuh pesawat MH17.
Dikuasakan oleh Blogger.