Header Ads

Abdul Hadi diberi penghormatan berucap dalam himpunan di Lahore

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan untuk berucap dalam himpunan besar-besaran sempena Ijtimak Jamaat Islami di kota Lahore, Pakistan pada Ahad lalu.

Turut bersama Presiden PAS itu ialah Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku tetamu kepada himpunan lebih setengah juta penyokong gerakan Islam tertua di Pakistan itu.

Mereka yang datang dalam perhimpunan tiga hari itu adalah ahli serta penyokong Jamaah Islam datang dari seluruh pelosok Pakistan.

Selain pimpinan PAS, tetamu luar negara lain yang turut hadir adalah dari Parti Nahdah Tunisia, Ikhwan Muslimin Mesir, PKS Indonesia, parti Islam dari Sudan, Iraq dan Jordan.

Ijtimak kali ini amat penting kepada gerakan Islam kerana ia akan membincangkan isu-isu antarabangsa termasuk konflik di Timur Tengah seperti perang di Syria, Libya, Iraq dan juga persoalan pencerobohan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa oleh Zionis Israel.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya menyentuh persoalan antarabangsa yang sedang mencabar ummah kini.

Turut bersama dalam ijtimak kali ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub.
Dikuasakan oleh Blogger.