Header Ads

Aksi budak lari dari tembakan militan ISIS tersebar di internet

Dunia dapat menonton sebuah video menunjukkan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki di Syria berjuang untuk menyelamatkan kanak-kanak lain yang dipercayai adalah adik perempuannya ketika berdepan penembak hendap kumpulan militan ISIS selepas ianya telah tersebar secara meluas di internet.

Dalam rakaman yang dimuat naik ke laman YouTube oleh rangkaian HAM Syria pada Isnin lalu, kelihatan seorang budak lelaki terjatuh selepas ditembak oleh militan ISIS, namun budak itu berusaha bangkit dan kembali berlari.

Dia kembali ditembak di bahagian dada hingga jatuh tersungkur. Tetapi beberapa ketika, budak berkenaan kemudiannya berjaya berdiri lalu terus berlari ke arah sebuah kereta sebelum berjaya menarik seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai adiknya.

Kemudian kedua-duanya cuba menyelamatkan diri di tengah-tengah hujan peluru yang ditembakkan militan ISIS. Namun tidak diketahui apakah terdapat peluru yang mengenai mereka, tetapi kedua-duanya dilihat berjaya mencapai persembunyian di sebalik dinding rumah-rumah.

Nasib kedua-dua kanak-kanak itu tidak diketahui terutama budak lelaki yang telah terkena tembakan sebanyak dua kali di dadanya. Menurut laporan Kumpulan Penyelidikan Oxford, lebih 11.000 anak-anak telah terkorban di Syria, yang sebahagian besar adalah menjadi mangsa sasaran para penembak hendap.
Dikuasakan oleh Blogger.