Header Ads

Anak penumpang MH370 saman kerajaan dan MAS

Dua orang anak kepada salah seorang penumpang pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu telah memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan berkenaan dan juga kerajaan Malaysia dengan tuntutan ganti rugi melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming.

Kedua kanak-kanak itu yang masing-masing berumur 13 dan 11 tahun memfaikan saman mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi melalui Tetuan Rusman Arun & Associates. Mereka berdua turut menyenaraikan defendan lain seperti Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara dan Jabatan Imigresen, namun nilai tuntutan tidak disebutkan.

Membuat menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi atas kehilangan sokongan, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan kerana mendakwa berlaku pelanggaran perjanjian dan kecuaian di pihak MAS dan kesemua defendan yang dinamakan.

Bapa mereka, Jee Jing Hang, 41, turut mengikuti dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing bersama-saa 239 penumpang lain berserta kru pada 8 Mac lalu.

Hampir lapan bulan sejak tragedi, tiada petunjuk tentang kewujudan pesawat Boeing 777 itu atau sebarang kesan ditemui sehingga kini.

Syarikat penerbangan Malaysian Airlines dilaporkan akan diswastakan menjelang akhir tahun ini.

Sejak peristiwa menyedihkan seluruh dunia itu, syarikat penerbangan berkenaan ditimpa pelbagai tragedi termasuk pada 17 Julai lalu, pesawat Boeing 777 milik MAS telah ditembak jatuh di ruang udara Ukraine, dan telah mengorbankan kesemua 298 orang penumpang di dalamnya.
Dikuasakan oleh Blogger.