Header Ads

Budak 5 tahun pakar komputer termuda Microsoft

Seorang budak genius diberi kebenaran untuk mengikuti satu ujian kepakaran berkaitan software komputer yang dianjurkan oleh Microsoft. Keputusan yang dikeluarkan amat menakjubkan apabila Brainy Ayan Qureshi yang masih berusia 5 tahun 11 bulan itu dibuktikan telah berjaya menguasai dan lulus tanpa gagal sedikit pun. Sedangkan ujian ini biasanya diikuti oleh peserta graduan universiti yang mahu menceburi kerjaya dalam industri teknologi.

Dipetik dari laman Mirror, dengan pencapaiannya itu, Ayan menjadi programmer termuda yang berjaya mendapatkan sijil kepakaran software yang dikeluarkan oleh Microsoft. Sebelumnya, rekod ini dipegang oleh Mehroz Yawar, kanak-kanak berusia 6 tahun setengah berasal dari Pakistan.

Ayan dibesarkan di Coventry, Britain. Dia melakukan persediaan selama lima bulan sebelum mencuba nasib mengikuti ujian yang diadakan oleh Microsoft di Birmingham City University pada September lepas.

Dunia teknologi satu bidang yang tidak asing lagi bagi Ayan sejak kecil. Ayahnya, Asim Qureshi, merupakan seorang perunding IT yang telah banyak memberi pendedahan dalam pelbagai perkara berkaitan pengkomputeran sejak Ayan berusia tiga tahun lagi.

Menurut keterangan Asim, Ayan mula tertarik dengan dunia komputer selepas mengenali software Windows. Kemudian dia sentiasa teruja untuk bermain dengan komputer.

Melihat potensi anaknya, Asim mula mengajar anaknya, Ayan tentang komputer. Kini Ayan berjaya menjadi seorang budak genius yang mampu menjadi programmer termuda di Microsoft.
Dikuasakan oleh Blogger.