Header Ads

Clinton tak serik, kantoi intai payudara

Trend berselfie menjadi kegilaan ramai, lebih-lebih lagi dengan individu terkenal dan ternama sebagai kenang-kenangan.

Tidak ketinggalan buat bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton yang berselfie dengan peminatnya.

Namun gambar selfie berkenaan telah memperlihatkan 'kenakalan' Clinton kepada orang ramai yang menonton gambar berkenaan.

Dipetik dari Mirror, kelmarin, gambar berkenaan telah disiarkan oleh seorang pengguna Reddit sambil berkata, teman wanitanya pernah berselfie dengan Presiden Amerika Syarikat ke-42, Bill Clinton.

Apa yang memalukan, gambar berkenaan jelas kelihatan Clinton sedang memerhati ke arah payudara wanita di sebelahnya. Ramai menyangka gambar berkenaan sudah diedit dengan aplikasi Photoshop.

Walau bagaimanapun, orang ramai sudah memahami jelingan nakal lelaki berusia 68 tahun itu ke arah payudara wanita yang sedang berselfie dengannya itu.

Tidak pelik bagi umum, kerana kira-kira 16 tahun lalu, pada tahun 1998, Bill Clinton pernah terlibat skandal perselingkuhan dengan wanita bernama Monica Lewinsky, salah satu kakitangan presiden Clinton pada waktu itu dan terus menjadi sorotan media.
Dikuasakan oleh Blogger.