Header Ads

Derma sperma kepada 100 wanita, kini jadi bapa kepada 30 anak

Dipetik dari ABC News, pada Sabtu, seorang lelaki Australia bernama Joe telah melakukan perkhidmatan 'penderma sperma' kepada para wanita yang ingin mendapat anak.

Walaupun mengaku sudah berkahwin dan mendapat tiga anak, namun beliau tetap melakukan perkara berkenaan dan mengaku sudah menjadi ayah bagi lebih dari 30 anak hasil daripada kegiatannya itu.

Tujuh tahun menjalani kegiatannya sebagai penderma sperma, Joe mengaku sudah meniduri lebih dari seratus orang wanita untuk memberikan spermanya secara langsung (bersetubuh). Dia mengatakan mendapat kehidupan berganda apabila melakukan kegiatannya itu.

"Saya tidak mungkin mendapat ramai anak dari seorang wanita. Sungguh tidak masuk akal meminta seorang wanita mendapat 30 anak," kata beliau kepada ABC News.

Joe sering bergerak seluruh Australia untuk menyetubuhi wanita yang ingin mendapat anak. Tapi kadang-kadang beliau juga menghantar spermanya melalui perkhidmatan penghantaran.

Selama ini, isterinya tidak mengetahui tentang kegiatan yang telah dilakukannya.
Dikuasakan oleh Blogger.