Header Ads

Dr Mohd Shafie timb. speaker Dun Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Mohd Shafie Ngah dilantik sebagai timbalan speaker DUN Selangor yang baru.

ADUN PAS itu dilantik menduduki jawatan itu selepas mendapat undian sebanyak 28 undi.

Mohd Shafie dilantik sebagai timbalan speaker selepas namanya dicalonkan oleh ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

"Dengan ini saya sukacita memasyhurkan Tuan Shafie Ngah dipilih sebagai timbalan speaker," kata Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain Mohd Shafie, turut dicalonkan sebagai timbalan speker ialah ADUN DAP Sekinchan Ng Suee Lin.

Ng dicalonkan oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kinrara Ng Sze Han.

Bagaimanapun, pemimpin DAP itu itu hanya mendapat 14 undi.

Pemilihan timbalan speaker yang baru dibuat susulan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatannya kerana dilantik sebagai exco kerajaan negeri yang baru.

Sebelum sesi undian dijalankan, Ketua Pembangkang Datuk Shamsuddin Lias memberitahu dewan negeri bahawa semua ADUN BN tidak mahu mengambil bahagian dalam sesi pemilihan itu.

"Berkenaan pemilihan ini, semua ADUN daripada BN tidak mahu mengambil bahagian," katanya yang juga ADUN Sungai Burong.

Selepas itu, Hannah yang juga ADUN Subang Jaya berkata terpulang kepada mereka sama ada untuk mengambil bahagian atau tidak.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.