Header Ads

[EPL Results] Arsenal tersungkur kepada Swansea

Bafetimbi Gomis melakukan tandukan untuk gol kemenangan Swansea 2-1 ke atas Arsenal di Stadium Liberty, awal pagi tadi.
Walaupun mendahului perlawanan dengan 1-0, namun Arsenal akhirnya terpaksa akur dengan Swansea apabila tewas 1-2 di Stadium Liberty dalam aksi Liga Premier League (EPL), awal pagi tadi. Kekalahan ini kerana aksi buruk barisan pertahanan Arsenal.

Kekalahan ini membuat Swansea mengambil alih kedudukan Arsenal di tempat kelima dalam kedudukan semasa Liga Premier League sekaligus menamatkan kemenangan berturut-turut Arsenal dalam dua perlawanan terakhir liga.

Arsenal tampak sukar menembusi benteng Swansea di awal permainan selepas aksi babak pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan. Terdapat satu peluang keemasan tercipta di babak pertama ketika Dany Welbeck berjaya menembusi pertahanan Swansea dan hanya berdepan dengan penjaga gol Lukasz Fabianski, tapi malangnya sepakannya berjaya dihalang bekas penjaga gol Arsenal itu.

Di babak kedua, jurulatih Arsenal Arsene Wenger sempat tersenyum ketika Alexis Sanchez menjaringkan gol di minit ke-63, meletakkan Arsenal berkelebihan 1-0. Ia hasil daripada serangan balas pantas yang dilakukan melalui gerakan tiga serangkai antara Oxlade, Cazorla dan Welbeck membuat Alexis dalam kedudukan yang bebas bagi membuat penyudahan.

Namun keceriaan Arsenal berkecai, persembahan buruk barisan pertahanan harus dibayar Arsenal. Tuan rumah Swansea berjaya menyamakan kedudukan melalui gol tendangan bebas Gylfi Sigurdsson di minit ke-75. Tendangan bebas dilakukan setelah Kieran Gibbs melakukan kesalahan di luar kotak penalti.

Selang tiga minit, kedudukan berubah, memberi kelebihan kepada Swansea. Tindakan Montero yang menggelecek di sebelah kiri memberikan peluang kepadanya bagi melakukan hantaran silang terhadap pemain gantian Bafetimbi Gomis sebelum melakukan penyudah dengan tandukan keras.

Keputusan 2-1 kekal hingga perlawanan berakhir. Ini menjadi kemenangan kedua Swansea dalam tujuh perlawanan terakhirnya.

Keputusan penuh EPL 10 November 2014

Swansea [2] vs [1] Arsenal
Sunderland [1] vs [1] Everton
Spurs [1] vs [2] Stoke
West Brom [0] vs [2] Newcastle
Dikuasakan oleh Blogger.