Header Ads

[EPL Results] Liverpool tewas lagi kepada Chelsea

Liverpool sekali lagi tersungkur kepada pendahulu liga, Chelsea malam tadi sekaligus impian untuk membalas dendam kekalahan pada April lalu hancur dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal malam tadi.

Lebih memalukan, Liverpool tewas dua kali kepada Chelsea di hadapan penyokong sendiri, di Stadium Anfield.

Liverpool yang turun dengan misi mahu membalas dendam kekalahan 0-2 kepada The Blues pada April lalu mendapat gol awal, minit ke-10 perlawanan menerusi Emre Can.

Namun anak buah Jose Mourinho tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila selang enam minit, Gary Cahill berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Diego Costa yang baru sembuh dari kecederaannya pantas menjadi duri dalam daging buat Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan Chelsea 2-1 ketika perlawanan berbaki 22 minit untuk ditamatkan.

Gol ke-10 Costa untuk musim ini telah membantu skuad The Blues kukuh di puncak liga dengan 29 mata dalam 11 perlawanan. Manakala Liverpool mengutip 14 mata, ketinggalan 15 mata di belakang Chelsea.

Southampton kekal di belakang Chelsea, mengutip 25 mata manakala Man City ketinggalan 9 mata dengan penduhulu Chelsea. City masih lagi 10 perlawanan.

Keputusan lain-lain perlawanan pada 8 November 2014

Burnley [1] vs [0] Hull City
Man Utd [1] vs [0] Crystal Palace
Southampton [2] - [0] Leicester
West Ham [0] vs [0] Aston Villa
Liverpool [1] vs [2] Chelsea
Dikuasakan oleh Blogger.