Header Ads

Fitnah UG Pasma terhadap PAS

Gambar yang dijadikan fitnah oleh Pasma.
Bila rakyat ditimpa musibah, bantuan perlu diberikan Jentera PAS Marang, Rhu Redang kawasan Tuan Guru Presiden telah menjalan tanggungjawab yang sangat berkesan dan dibantuan oleh semua pihak.

Kelihatan KP PAS & KP Umno Dun Ru Rendang bersama dalam membantu mangsa banjir. Tapi malang kerjasama yang baik ini menjadi satu ancaman kononnya untuk membentuk UG (Unity Gov) oleh ahli PAS yang tak setuju dengan Presiden PAS. Ahli PAS yang cuba menjatuhkan Presiden (PASMA) telah menyebarkan kononnya Presiden PAS berhasrat untuk bergabung dengan UMNO.

Kenapa sempit sangat pemikiran PASMA dalam isu bencana dan bantuan kepada rakyat. Apakah kita tidak boleh membezakan sejauhmana kita bermusuh dengan UMNO dan sejauh mana kita boleh bekerjasama?

Politik matang dan pemikiran ISLAM yang benar perlu ditarbiyyah dalam ahli Jamaah jangan sampai kita membuat kerja bodoh sebelum ini sehingga sembelihan UMNO pun kita tak makan sehingga medan dakwah kita makin sempit.

TOLONGLAH PASMA BENCI ANDA KEPADA TUAN GURU PRESIDEN JANGAN SAMPAI ANDA MENGHALAKAN FITNAH, MENGHALALKAN KERJA TAK SENONOH ATAS SEMATA-MATA NAK JATUH PRESIDEN PAS TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG.

sumber
Dikuasakan oleh Blogger.