Header Ads

[Gambar] Rusia mahu bina hotel di ruang angkasa


Sebuah syarikat dari Rusia, Orbital Technologies bercita-cita tinggi mahu melancarkan pelan membina sebuah hotel di ruang angkasa. Apabila siap nanti, para tetamu akan dibawa ke hotel dengan menggunakan 'shuttle Soyoz' seperti yang digunakan untuk membawa angkasawan ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).

Menurut pihak Orbital Technologies, rancangan mereka untuk membina sebuah hotel di ruang angkasa itu akan dibuka kepada pengunjung pada tahun 2016 dengan kos menginap di hotel berkenaan dianggarkan kira-kira USD 165,000.

Bilik hotel akan dilengkapi dengan teropong dan kamera, membolehkan para tetamu menikmati pemandangan ruang galaksi yang menakjubkan.

Dikuasakan oleh Blogger.