Header Ads

Gara-gara tidak bayar gaji, majikan dipukul sehingga mati

Gambar hiasan.
Dua lelaki dan lima wanita pemetik teh di Sonali, India berdepan siasatan pihak polis atas dakwaan membunuh majikannya yang dikatakan tidak membayar gaji mereka selama dua bulan.

Pemilik kebun teh berkenaan, Rajesh Agarwal, sebelum ini pernah diajak untuk berbincang tentang gaji pekerja yang belum dibayar pada Sabtu lalu.

Namun Agarwal tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan dan meminta pekerjanya untuk menunggu.

Disebabkan sebarang berita yang dinanti tidak muncul-muncul, pekerjanya telah hilang sabar sebelum berusaha mendapatkan Agarwal. Tanpa teragak-agak mereka terus memukul dan menikamnya hingga mati.

Sebahagian besar pekerja kebun teh di India mengalami nasib malang. Mereka hidup dalam kemiskinan, kebuluran, dan kebanyakan keluarga mengalami kekurangan zat.

Laporan menunjukkan kes serangan terhadap pemilik kebun teh di India berlaku peningkatan dalam beberapa tahun terakhir.

Tahun 2012, seorang pemilik kebuh teh dan isteri telah dibakar hidup-hidup hingga mati.

India merupakan pengeluar teh kedua terbesar dunia selepas China.
Dikuasakan oleh Blogger.