Header Ads

Guru wanita ditahan kerana lakukan hubungan seks dengan pelajar

Seorang guru gantian, Linda hardan, 21, berasal dari Prospek Park, di New Jersey, Amerika Syarikat (AS), telah ditahan polis atas tuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki yang baru berusia 16 tahun.

Menurut Daily Mail, pertuduhan itu dibuat pada Jumaat dan dilaporkan pada Sabtu.

Hardan, dituduh melakukan serangan seksual terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Manchester Regional High School, tempat beliau bertugas sebagai guru gantian.

Menurut pihak polis, kejadian itu berlaku oada Khamis (20 November), di Wayne. Namun, butiran mengenai kejadian dan mangsa tidak diberitahu.

Menurut laporan NorthJerysey.com, guru Sains yang mengenakan pakaian berjilbab itu bertemu dengan pelajar itu di luar waktu sekolah. Guru berkenaan membawa pelajar lelaki itu ke sebuah lokasi di Wayne, sebelum melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta.

Hardan berdepan tuntutan hukuman penjara selama 17 tahun jika terbukti bersalah atas semua tuduhan yang didakwa ke atasnya.
Dikuasakan oleh Blogger.