Header Ads

Kanak-kanak dua tahun dimakan babi

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Provinsi Jiangsu, China, terbunuh dimakan seekor babi ketika sedang bermain di halaman rumahnya.

Dipetik dari Daily Mail semalam, pada mulanya, kanak-kanak bernama Wei Tsao itu keluar ke halaman tanpa pengetahuan ibu bapanya lalu merangkak menuju ke kandang babi sebelum Keke (panggilan Wei Tsao) diserang seekor babi betina yang cuba melindungi anaknya yang baru lahir.

Menyangka Keke akan mencederakan anaknya, babi betina tersebut telah mencederakan Keke dengan menggigit kepalanya.

Apabila mendengar jeritan Keke, ibu bapanya terus mencarinya di luar, namun terlambat.

"Kami sedang menguruskan barangan di dalam rumah beberapa minit sebelum kami mendengar suara teriakannya (Keke). Apabila kami keluar, kami melihat babi setinggi 80 sentimeter itu sedang menggigit kepala Keke," ujar ayah Keke, Sun Tsai.

Penduduk berhampiran tempat tinggal mereka telah pun menangkap babi itu dan mengikatnya di sebuah pokok sebelum membunuh babi berkenaan dan membelah perutnya. Dalam perut babi berkenaan, mereka dapati tengkorak dan rambut budak berkenaan dan mereka akan menyimpannya sebagai bukti budak itu dibunuh seekor babi.
Dikuasakan oleh Blogger.