Kes saman Presiden PAS: Tertangguh lagi, sepatutnya dah selesai
![]() |
Peguam Presiden bersama pimpinan PAS. |
Peguam beliau, Haji Asmuni Awi berkata, walaubagaimana pun, mahkamah tidak dapat meneruskan perbicaraan kerana ada seorang saksi yang masih tidak dapat hadirkan diri.
“Sepatutnya kes pada hari ini sudah selesai. Walaubagaimana pun, mahkamah tidak dapat teruskan tadi kerana ada seorang lagi saksi daripada pihak plaintif iaitu ketua pengarah akhbar Kosmo,
“yang dipanggil untuk memberi keterangan tidak hadir pada har ini ,kerana waran tangkap yang dikeluarkan terhadap beliau itu tidak dapat diserahkan,”ujarnya kepada pihak media, sebaik mahkamah menangguhkan perbicaraan semalam,
![]() |
Sebahagian penyokong Presiden yang datang memberi sokongan. |
Katanya, samada saksi akan hadir atau sebaliknya pada hari tersebut, mahkamah akan mengarahkan pihak-pihak plaintif dan defendan meneruskan dengan hujah penggulungan masing-masing.
“seterusnya, mahkamah akan membuat keputusan samada pada hari tersebut atau pada hari yang lain,”jelasnya dihadapan ratusan ahli dan penyokong yang hadir.
Antara pemimpin yang turut hadir bersama memberikan sokongan adalah Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjayajaya PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat.
Post a Comment