Header Ads

[La Liga Results] Pesta gol di Bernabeau, Madrid rampas kedudukan teratas Barcelona

Real Madrid tidak membenarkan terlalu lama pesaingnya Barcelona berada di tangga teratas La Liga. Hanya beberapa jam selepas Barca meraih kemenangan ke atas Almeria dan berada di tangga teratas buat sementara, sebelum Madrid kembali menyisih Barca ke tangga kedua selepas berjaya membelasah Rayo Vallecano 5-1 di Santiago Bernabeau, semalam.

Madrid kini mengutip 27 mata daripada 11 perlawanan, lebih dua mata berbanding Barcelona di kedudukan kedua.

Kemenangan dengan jaringan besar ini semakin mengukuhkan jumlah gol Real Madrid pada musim ini. Tercatat telah 42 gol dijaringkan Madrid dalam 11 perlawanan La Liga musim ini.

Selain itu kemenangan ini juga sekaligus mengekalkan rekod Madrid yang sentiasa menang terhadap Vallecano dalam 13 rekod pertemuan mereka.

Perlawanan hari ini, lima gol dijaringkan Madrid, masing-masing dijaringkan Gareth Bale (minit ke-9), Sergio Ramos (minit ke-40), Toni Kroos (56), Karim Benzema (minit ke-60) dan Cristiano Ronaldo (minit ke-81).

Babak pertama perlawanan, perlawanan berakhir dengan Madrid mendahului 2-1, selepas Vallecano berjaya merapatkan jurang di minit ke-44 selepas ketinggalan 2-0.

Jaringan Vallecano tercipta selepas James Rodriguez melakukan Kesilapan besar ketika membuat hantaran bola kepada penjaga gol Keylor Navas namun berjaya dicuri Bueno untuk ledakan gol pertama pelawat di babak kedua. Madrid turut mempunyai beberapa peluang, namun disia-siakan apabila sepakan Luca Modric di minit ke-54 melambung tinggi melepasi pintu gol lawan.

Ronaldo telah melengkapkan kemenangan bergaya Madrid 5-1 hasil jaringan peribadinya yang ke-18, tercatat dalam 10 perlawanan La Liga.

Berikut keputusan penuh La Liga hari ini dan semalam.

9 November

Sevilla [1] vs [1] Levante

8 November

Almeria [1] vs [2] Barcelona

Getafe [0] vs [0] Elche

Real Madrid [5] vs [1] Rayo Vallecano

Celta Vigo [0] vs [0] Granada

Malaga [2] vs [1] Eibar
Dikuasakan oleh Blogger.