Header Ads

[LIVE] Keputusan terkini final Oppo Piala Malaysia 2014

Aksi akhir Oppo Piala Malaysia edisi 2014 malam ini terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedudukan seri 2-2 di 90 minit perlawanan antara Johor Darul Takzim FC vs Pahang FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pahang selaku juara bertahan, status itu sudah pasti memberi tekanan kuat buah anak buah Zainal Abidin Hassan untuk mengekalkan kejuaraan. Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan tentu akan bermain secara bermati-matian untuk memenangi piala berprestij itu sekali gus tidak mahu berputih mata selepas begitu banyak pelaburan dibuat untuk aksi musim ini.

Keputusan terkini, Pahang terlebih dahulu berada di hadapan selepas Dickson Nwakaeme menanduk masuk bola sepakan percuma Azidan di sebelah kanan pintu gol JDT di minit ke-14.

Skuad Harimau Selatan kemudian menyamakan kedudukan di minit ke-30 melalui jaringan daripada penyerang import mereka, Jorge Pereyra Diaz.

Selang empat minit, JDT dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan kapten pahang ketika cuba menyekat asakan anak buah Bojan Hodak. Luciano Figueroa mudah melakukan sepakan penalti sekaligus menewaskan penjaga gol Pahang di minit ke-34 untuk JDT mendahului 2-1 di hadapan.

Babak kedua bermula, Pahang cuba mencari gol penyamaan namun anak buah Zainal Abidin Hasan tersentak selepas Saifunizam dilayangkan kad merah ketika menyiku dada Amri Yahya di hadapan pintu gol JDT ketika Pahang hendak mengambil sepakan penjuru.

Namun skuad Tok Gajah tidak mudah mengalah apabika terus mengasak mencari gol penyamaan, akhirnya membuahkan hasil melalui jaringan Dickson Nwakaeme di minit ke-71 terus menggamatkan stadium.

Kedudukan 2-2 terus kekal hingga babak kedua tamat dan perlawanan terpaksa diheret ke masa penentuan.

Dikuasakan oleh Blogger.