Header Ads

[LIVE STREAMING] AFF Cup 2014: Malaysia vs Thailand

Kemaskini - [LIVE STREAMING] Piala AFF SUZUKI 2014: Malaysia vs Thailand. Perlawanan Malaysia menentang Thailand dalam kempen bola sepak Piala AFF Suzuki 2014 bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan B di Stadium Jalan Besar, Singapura akan ditangguhkan atas faktor cuaca yang berlaku ketika ini.

Menurut laporan, sepak mula perlawanan berkenaan akan diadakan jam 7 malam jika tiada sebarang masalah cuaca berlaku.

Malaysia kini menduduki tangga kedua kumpukan B dengan kutipan satu mata selepas seri 0-0 dengan Myanmar dalam aksi pertama. Thailand berada di tangga teratas dengan mengutip tiga mata selepas menewaskan tuan rumah, Singapura 2-1 dalam perlawanan pertama.

Skuad kendalian Dollah Salleh perlu menang ke atas Thailand hari ini jika mahu mencerahkan peluang ke separuh akhir kejohanan.

Para peminat Harimau Malaya akan dapat menonton siaran langsung perlawanan MALAYSIA vs THAILAND di Channel FOX Sport - Ulasan Bahasa Inggeris (C812), Channel FOX Sport 3 - ulasan bahasa Melayu (C818), Channel FOX Sport HD (C832). Peminat juga boleh menonton di TV3 Malaysia dan TV9 Malaysia.

Bagi mereka yang ingin menonton secara online, boleh dapati di link di bawah untuk menonton secara LIVE.

KLIK untuk [LIVE STREAMING] Piala AFF SUZUKI 2014: Malaysia vs Thailand
Dikuasakan oleh Blogger.