Header Ads

[LIVE STREAMING] Piala AFF 2014: Malaysia vs Myanmar

Skuad Harimau Malaya akan memulakan cabaran Kejohanan Piala AFF Suzuki 2014 dalam kumpulan B dengan menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar, Singapura, hari ini.

Malaysia berdepan laluan penuh ranjau apabila diundi bersama juara tiga kali, Thailand, Myanmar dan Singapura selaku tuan rumah dalam kumpulan B.

Aksi kumpulan B akan berlangsung di dua venue berbeza iaitu Stadium Jalan Besar dan Stadium Nasional di Singapore Sports Hub.

Anak buah Dollah Salleh akan bertemu Thailand dalam aksi kedua peringkat kumpulan pada 26 November, dan kedua-dua aksi Malaysia akan diadakan di padang rumput tiruan di Stadium Jalan Besar.

Pada 29 Disember, Malaysia akan menamatkan aksi peringkat kumpulan dengan menentang tuan rumah, Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub.

Singapura dan Vietnam menjadi tuan rumah bersama bagi merebut kejuaraan bola sepak terunggul di Asia Tenggara untuk edisi kali ini. Kumpulan A (Vietnam, Indonesia, Laos, Filipina) bermain di Vietnam, manakala Kumpulan B (Singapura, Malaysia, Thailand, Myanmar) bermain di Singapura.

Bagi mereka yang ingin menonton secara online, boleh dapati di link di bawah untuk menonton secara LIVE.

KLIK untuk [LIVE STREAMING] Piala AFF SUZUKI 2014: Malaysia vs Myanmar
Dikuasakan oleh Blogger.