Header Ads

Man City buktikan mereka lebih hebat dari Man United

Manchester City berjaya meraih tiga mata selepas menang 1-0 ke atas tetamunya Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, pada Ahad.

Gol The Citizens dijaringkan oleh Sergio Aguero pada minit 63.

Dengan kemenangan ini, City kekal di kedudukan ke-3 dengan mengumpul 20 mata tetapi masih tertinggal 6 mata berbanding pendahulu liga, Chelsea.

Berdepan dengan MU, City dilihat lebih menguasai perlawanan.

Pada minit ke-7, Aguero nyaris mendapat gol awal selepas berjaya melepasi dari perangkap ofsaid, Aguero melepaskan sepakan dari sudut sempit, namun ia dinafikan penjaga gol David de Gea.

Pada minit 20, De Gea dengan cemerlang menyelamatkan dua cubaan rembatan Jesus Navas dan menepis cubaan dari Aguero.

Minit ke-39, malang menimpa MU selepas Chris Smalling melakukan terjahan keras terhadap James Milner menyebabkan pengadil mengarahkannya keluar padang. Sehingga tamat babak pertama, keputusan masih 0-0.

Babak kedua bermuka, City akhirnya memecah kebuntuan melalui gol Aguero pada minit ke-63.

Gol berpunca dari umpanan Yaya Toure ke sebelah kiri, kemudian Gael Clichy menghantar bola ke depan gawang dengan Aguero tidak dikawal terus membuat jaringan ke gawang MU.

MU cuba bangkit dengan melakukan serangan balas, Red Devil nyaris menyamakan kedudukan pada minit ke-70 dan ke-76, namun rembatan Robin van Persie dan Angel Di Maria berjaya ditepis Joe Hart.

Sehingga wisel penamat dibunyikan, kedudukan perlawanan terus kekal 1-0, satu kelebihan buat City.

Bagi MU, kekalahan itu meletakkan mereka di kedudukan ke-9 liga dengan kutipan 13 mata.
Dikuasakan oleh Blogger.