Header Ads

Militan ISIS bunuh 322 orang suku Albu Nimr

Tentera militan ISIS dilaporkan telah membunuh 322 orang suku Albu Nimr, lapor berita Tribune.

Suku Albu Nimr merupakan sebahagian dari kalangan kumpulan Sunni, dikatakan sudah beberapa minggu melakukan penentangan terhadap militan ISIS.

Namun, penentangan mereka akhirnya mengalami kemerosotan akibat kekurangan senjata serta makanan ketika tentera militan ISIS menguasai kampung mereka, Zauiyat Albu Nimr, minggu lalu.

"Jumlah warga yang dibunuh oleh ISIS dari suku Albu Nimr mencapai 322 orang. 50 mayat wanita dan kanak-kanak turut ditemui telah dibuang dalam sebuah lubang," kata Kementerian Hak-hak Asasi Manusia Iraq, kelmarin.
Dikuasakan oleh Blogger.