Header Ads

Oppo R5 'tewaskan' iPhone 6

Apple mendakwa telefon pintar generasi terbarunya, iPhone 6 adalah peranti paling nipis, namun kini ia telah 'ditewaskan' selepas Oppo mengumumkan kehadiran telefon pintar terbarunya, Oppo R5 yang lebih nipis hanya 4.85 mm.

Oleh itu, Oppo R5 diangkat sebagai telefon pintar paling nipis di dunia yang ada di pasaran ketika ini, mengalahkan iPhone dengan ketebalan badan 6.9 mm, HTC One M8 dengan 9.4 mm, Sony Xperia Z2 dengan 7.3 mm, dan Samsung Galaxy S5 dengan ketebalan badan 8.1 mm.

Dipetik dari laman Huffington Post, semalam, walaupun lebih tipis, Oppo R5 mempunyai body agak berat iaitu 155 gram berbanding iPhone 6 dengan berat 129 gram dan Samsung Galaxy S5 dengan berat 145 gram.

Kerana mengutamakan rekabentuk yang tipis, Oppo R5 sanggup menghapuskan slot microSD dan headphone. Oppo R5 menyediakan memori dalaman 16 GB, sementara bagi pengguna yang ingin mendengar muzik via headphone, perlu menggunakan sambungan Bluetooth dan headphone yang digunakan juga perlu mempunyai ciri-ciri Bluetooth.

Oppo R5 dipadankan dengan skrin 5.2 inci AMOLED 1080p dengan piksel 423 ppi, kamera 13 megapiksel (MP) di bahagian belakang dan kamera depan 5 MP. Oppo R5 dibina dengan material aluminium dengan mempunyai bahan lapisan khusus di bahagian belakangnya.

Berkaitan harga, Oppo R5 dikatakan akan dipasarkan dalam lingkungan harga USD499 (RM1,659).


Spesifikasi Oppo R5:

Dimensi: 148,9 x 74,5 x 4,85 mm
Berat: 155 gram
Skrin: 5.2 inci AMOLED skrin sentuh, resolusi 1920 x 1080 piksel; 423 ppi; Gorilla Glass 3
Processor: Snapdragon 615 MSM8939 chipset: octa-core 1.5GHz; Adreno 405 GPU
RAM: 2 GB
Sistem operasi: Color OS 2.0 berasaskan Android 4.4 KitKat
Kamera: 13 MP kamera utama, dengan sensor IMX 214, f / 2.0 aperture; kamera depan 5 MP
Connectivity: LTE, Wi-Fi a / b / g / n / ac, Bluetooth 4.0, A-GPS + GLONASS; micro USB 2.0
Bateri: 2,000 mAh, VOOC rapid charging
Ciri-ciri lain: Phase-change metal cooling
Dikuasakan oleh Blogger.