Header Ads

Pahang bolot 5 Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014

Penerima Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014, dari kanan: Farhan Roslan, Razman Roslan, Khairul Azhan, Nor Farhan dan Mohd Badri.-foto Astro
Pahang membolot 5 anugerah dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-Astro Arena dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2014 pada Khamis.

Selaku juara Piala Malaysia 2014, Pahang merangkul gelaran melalui penjaga golnya, Mohd Khairul Azhan Khalid dengan dua anugerah iaitu Pemain Paling Bernilai dan Penjaga Gol Terbaik.

Turut menerima anugerah ialah kapten Pahang, Razman Roslan merangkul gelaran pemain pertahanan terbaik selain Zainal Abidin Hassan dinobatkan sebagai Ketua Jurulatih Terbaik. Selain itu, Pahang turut dianugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik musim ini.

Berikut adalah senarai penerima anugerah musim 2014:
  • Pemain Paling Bernilai (MVP): Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang FA)
  • Pemain Penyerang Terbaik: Mohd Nor Farhan Mohamad (Terengganu FA)
  • Pemain Pertahanan Terbaik: Razman Roslan (Pahang FA)
  • Penjaga Gol Terbaik: Mohd Khairul Azhan Khalid (Pahang FA)
  • Ketua Jurulatih Terbaik: Zainal Abidin Hassan (Pahang FA)
  • Pemain Import Terbaik: Ali Ashfaq (PDRM FC)
  • Persatuan Bola Sepak Terbaik: Pahang FA
  • Kelab Bola Sepak Terbaik: Kelab Johor DT
  • Kelab Penyokong Terbaik: Johor DT
  • Anugerah Fairplay: Terengganu FA
  • Pemain Muda Harapan: Farhan Roslan (Kedah FA)
Dikuasakan oleh Blogger.