Header Ads

Pahang juara Oppo Piala Malaysia 2014

Pahang mengekalkan kejuaraan piala berprestij Oppo Piala Malaysia edisi 2014 selepas menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua seri 2-2 sehingga di masa tambahan.

Menerusi sepakan penalti, Pahang menang 5-3. JDT berputih mata selepas sepakan penalti Norshahrul Idlan Talha (Matyo) berjaya ditepis penjaga Pahang. Hafiz Kamal menyempurnakan sepakan penalti terakhir Pahang sekaligus menerjah gawang di penjuru kiri pintu gol JDT menewaskan Al-Hafiz.

Gol itu menobatkan Pahang juara menewaskan JDT 5-3 menerusi sepakan penalti selepas seri 2-2.
Dikuasakan oleh Blogger.