Header Ads

Pemimpin tertinggi ISIS kritikal kena serang

Pemimpin tertinggi ISIS, Abu Bakr Al-Baghdadi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terkena serangan tentera Amerika Syarikat.

Menurut seorang sumber kepada Al-Arabiya, semalam, Al-Baghdadi ketika ini berada dalam keadaan tenat disebabkan serangan udara yang dilancarkan AS bersama sekutu di Bandar al-Qaim, Iraq.

Sementara, Ketua Komando Tentera AS di Iraq mengesahkan bahawa pihaknya telah melancarkan serangan ke atas pemimpin ISIS di kawasan Iraq Utara berhampiran Mosul. Namun tidak disebut keadaan Al-Baghdadi tercedera atau terbunuh.

"Serangan ini sebagai peringatan bahawa kami telah meningkatkan tekanan kepada ISIS melalui pelbagai gerakan," demikian kenyataan tentera AS.

Anggota Senat dari Iran di Wilayah Anbar, Mohammad al-Karbuli memberitahu kepada Al-Arabiya bahawa pakatan bersekutu AS telah mensasarkan serangan ke beberapa tempat pemimpin ISIS di al-Qaim.

Kata beliau, serangan berkenaan menyebabkan lebih dari 10 orang terbunuh dan ada juga yang tercedera.

Al-Karbuli turut menyatakan bahawa keadaan hospital di al-Qaim penuh sesak kerana terdapat ramai pesakit yang masuk akibat serangan udara AS berkenaan.

Seorang saksi menceritakan kepada Reuters bahawa kumpulan ISIS meminta supaya hospital di al-Qaim itu dikosongkan daripada pesakit lain. Dilaporkan salah seorang pengikut ISIS yang memakai pembesar suara meminta penduduk sekitar bagi menyumbangkan darah.

Laporan lain juga memetik keterangan penduduk setempat menyebut bahawa beberapa pemimpin ISIS telah terbunuh namun tidak diketahui identitinya.
Dikuasakan oleh Blogger.