Header Ads

Penyanyi rock terbunuh ketika konsert atas pentas

Vokalis kumpulan rock dari Argentina The Krebs, Agustin Briolini, terbunuh di atas pentas akibat terkena kejutan elektrik, semalam.

Briolini dilaporkan sedang mengadakan konsert untuk promosi album pertamanya di Theatre of the Sun di pusat bandar Villa Carlos Paz.

Nasibnya malang, ketika memegang mikrofon, badannya tiba-tiba melambung selepas terkena arus elektrik yang bocor.

Hasil siasatan awal melaporkan lapisan penebat kabel yang menggelupas menyebabkan arus elektrik mengalir ke mikrofon yang menyebabkan renjatan.

Pegawai perubatan tempatan sempat memberikan pertolongan awal pada Briolini. Satu jam cuba memulihkan kesedarannya agar berhasil sebelum pegawai perubatan membawanya ke hospital. Namun akhirnya doktor mengesahkan Briolini telah meninggal.

Ahli kumpulan bandnya Diego Regali dan Gustavi Escober menyatakan, mereka tidak percaya dengan musibah yang dialami rakannya itu. Manakala rakan vokalis kumpulan rock berkenaan, Iceberg Pico Moyano menyatakan rasa terkejutnya dengan insiden di atas pentas itu.

"Kita hidup di abad 21 dan insiden seperti itu tidak seharusnya berlaku, tidak boleh dipercayai," katanya.-foxnews
Dikuasakan oleh Blogger.