Header Ads

Pep Guardiola turut undi Catalonia pisah dari Sepanyol

Pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola turut membuat undian terhadap pungutan penduduk Catalonia bagi menuntut kemerdekaan wilayah berkenaan dari Sepanyol.

Bekas pemain dan jurulatih Barcelona FC itu dilihat telah mengundi dalam referendum tidak ras,i kemerdekaan Catalonia. Ia tiba sehari sebelumnya bersama-sama dengan temannya Manel Estiarte.

Dalam laporan WarkahDaily kelmarin menyebut, 80 % penduduk Catalonia telah bersetuju untuk berpisah dengan Sepanyol dalam satu referendum yang diadakan 9 November lalu walaupun pihak Sepanyol menentang keras tindakan itu sambil mendakwa pungutan suara itu tidak sah.

Menurut Naib Presiden Catalonia, Joana Ortega, penduduk yang membuat pungutan suara mahu kemerdekaan dari Sepanyol berjumlah kira-kira 2 juta orang. Usaha itu mendapat pujian daripada Presiden Catalonia, Arthur Mas sambil menyifatkan ia sebagai kejayaan yang besar dan meyakinkannya untuk segera mengadakan referendum secara rasmi.

"Kami mendapat bukti bahawa rakyat Catalonia mahukan negara sendiri," jelas Mas.

Beliau menambah telah meminta sokongan di peringkat antarabangsa untuk merealisasikan hasratnya itu.

Sementara Menteri Undang-undang Sepanyol, afael Catala menyindir apa yang dilakukan Mas sebagai usaha untuk menyembunyikan kegagalannya dalam mengadakan referendum yang sebenar.

"Sepanyol menyedari perkara ini sebagai propaganda yang dilakukan oleh Mas bagi mengelak daripada demokrasi sebenar," katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.