Header Ads

Pesawat langgar kerbau ketika mahu berlepas

Ancaman haiwan liar di landasan menyebabkan syarikat SpiceJet bertindak menggantung perkhidmatannya di Lapangan Terbang Surat, Gujarat.
Sebuah pesawat India melanggar seekor kerbau liar ketika mahu berlepas dari Bandar Surat. Tiada penumpang atau anak kapal dilaporkan tercedera, namun haiwan tersebut mati.

Seperti dilaporkan BBC hari ini, pesawat syarikat penerbangan SpiceJet Boeing 737-800 yang membawa 146 penumpang dan anak kapal itu pada mulanya mahu berlepas menuju ke Delhi.

Namun ketika pesawat mula bergerak laju untuk terbang, tiba-tiba seekor kerbau melintas landasan menyebabkan kapal terbang itu terpaksa melanggar binatang tersebut.

Insiden itu menyebabkan pesawat berkenaan terpaksa menunda penerbangan. Beberapa komponen pesawat telah rosak menyebabkan penumpang terpaksa dipindahkan ke pesawat lain.

Pihak SpiceJet berkata, pilot mereka tidak mengetahui kewujudan kerbau berkenaan. Pilot tidak dapat melihat haiwan itu kerana keadaan yang gelap.

"Haiwan liar menjadi ancaman di beberapa lapangan terbang. Kejadian ini mempengaruhi operasi rutin kami dan kerananya operasi penerbangan SpiceJet dari Surat terpaksa digantung perkhidmatannya dalam tempoh yang tidak ditentukan," demikian kenyataan syarikat penerbangan.

Ketua operasi SpiceJet Sanjiv Kapoor menyalahkan kelemahan keselamatan lapangan terbang berkenaan.

Dia berkata di laman Twitter, "kerbau di landasan" adalah kesalahan yang tidak boleh berkompromi.

Salah seorang penumpang, Prabhakar Joshi berkata, beliau mendengar bunyi yang kuat seakan "sesuatu telah melanggar roda" ketika pesawat menambah kelajuan.

"Jika kejadiaan berkenaan lewat beberapa saat, dan pesawat sudah mula terbang, maka akan menjadi bencana bagi kami," katanya kepada televisyen NDTV.

Sistem keselamatan di lapangan terbang India sebenarnya sedang cuba ditingkatkan oleh kerajaan atau pengelola tempat berkenaan. Namun keselamatan di sebahagian kecil lapangan terbang masih lagi lemah.

Terbukti, masih banyak insiden sama, di mana sejumlah haiwan masuk ke landasan yang menganggu proses penerbangan.

Haiwan yang pernah lolos masuk ke landasan tersebut di antaranya serigala, burung merak, landak, monyet, musang, dan anjing.
Dikuasakan oleh Blogger.