Pesawat MH370 akan diumumkan sebagai hilang secara rasmi?
![]() |
Hugh Dunleavy (kiri). |
Menurut akhbar The Australian semalam, Selasa, sehingga kini masih belum ada tarikh yang sah bila pengumuman itu akan dibuat. Namun, selepas jumlah kerugian telah selesai dikira, MAS akan bekerjasama dengan saudara-mara mangsa MH370 untuk merealisasikan perkara berkenaan.
Bertepatan dengan peruntukan dibuat oleh Konvensyen Montreal, Kanada, had tertinggi pampasan yang diberikan oleh MAS iaitu kira-kira US$ 175 ribu (RM583 ribu) kepada keluarga mangsa. Namun keluarga mangsa masih boleh menuntut jumlah ganti rugi lebih tinggi jika melalui saluran undang-undang.
Pernyataan kontroversi Dunleavy itu kemudiannya dipetik oleh akhbar New Zealand Herald.
"Rundingan yang berlaku iaitu proses pencarian (MH370) sejauh ini adalah sia-sia dan tidak membawa apa-apa hasil pun," ujar Dunleavy.
Post a Comment