Header Ads

Piala AFF Suzuki 2014: Filipina pungut tiga mata pertama, Vietnam seri dengan Indonesia

Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 bagi kumpulan A telah pun bermula semalam. Perlawanan pertama kumpulan A antara Filipina vs Laos dan Vietnam vs Indonesia.

Filipina memungut tiga mata pertama apabila berjaya membenam Laos 4-1 dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, Vietnam.

Manakala tuan rumah, Vietnam sekadar berkongsi mata dengan Indonesia selepas seri 2-2 dalam perlawanan pertama mereka.

Dalam aksi kedua peringkat kumpulan B, Filipina akan berdepan Indonesia, manakala tuan rumah, Vietnam akan bertemu Laos pada Selasa ini.

Singapura dan Vietnam menjadi tuan rumah bersama bagi merebut kejuaraan bola sepak terunggul di Asia Tenggara untuk edisi kali ini. Kumpulan A (Vietnam, Indonesia, Laos, Filipina) bermain di Vietnam, manakala Kumpulan B (Singapura, Malaysia, Thailand, Myanmar) bermain di Singapura.
Dikuasakan oleh Blogger.