Header Ads

Presiden AFC kecam serbuan tentera Israel

Presiden Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman mengecam serbuan tentera Israel ke ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) di Jerusalem pada Isnin lalu. Beliau menganggap tindakan itu tidak dapat diterima.

Dalam satu kenyataan dari PFA mendedahkan bahawa tiga buah kenderaan tentera Israel menyerbu ibu pejabat pada waktu pagi dan merampas kad ID beberapa kakitangan. Kemudian mereka menahannya di dalam sebuah bilik untuk disoal siasat tanpa ada sesiapa yang dibenarkan masuk. Tindakan berkenaan dilakukan hampir satu jam.

Presiden AFC menganggap insiden berkenaan sebagai satu tindakan berbahaya yang menyebabkan warga sukan antarabangsa akan menentang pencabulan itu.

"AFC akan bekerjasama dengan FIFA untuk mengkaji mekanisme untuk menamatkan masalah bola sepak Palestin dan menghantar mesej tegas kepada pihak berkuasa Israel agar menghentikan serangan pada pelbagai bahagian sistem bola sepak Palestin," tulis satu kenyataan AFC.

Palestin telah berjaya mengukir satu sejarah layak ke Piala Asia buat pertama kalinya.
Dikuasakan oleh Blogger.