Header Ads

Presiden Burkina Faso letak jawatan

Berita perletakan jawatan oleh Blaise Compaore sebagai Presiden Burkina Faso menghiasi muka depan akhbar terkemuka.
Setelah 27 tahun memerintah, Presiden Burkina Faso, Blaise Compaore mengumumkan meletak jawatannya pada Jumaat (31/10), bagi memberi laluan pilihanraya berikutan pergolakan terhadap kerajaannya.

Perletakan jawatan Compaore setelah puluhan ribu rakyat negara itu menuntut beliau berundur segera selepas sehari berlakunya kekacauan di jalan raya dan pencerobohan bangunan Parlimen dan pejabat-pejabat awam.

Orang ramai menyebut tindakan protes itu sama dengan revolusi "Arab Spin", dan keadaan itu mendapat perhatian empat ketua negara seluruh Afrika yang bersiap sedia menerima perubahan berkenaan.

"Demi mengekalkan keputusan demokratik serta keamanan sosial ... saya nyatakan kekosongan kuasa bagi membolehkan pembentukan peralihan ke arah pilihan raya bebas dan jujur ​​bagi tempoh 90 hari," kata Compaore dalam satu kenyataan yang dibacakan di sebuah stesen televisyen tempatan.

Berita perletakan jawatan Compaore sebelum itu telah diberitahu oleh seorang pegawai kepada umum. Dia mengumumkan sambil memegang bahu rakannya di depan markas Tentera Darat di Ouagadougou, ibu negeri negara Afrika Barat itu.

"Compaore tidak lagi berkuasa," kata Kolonel Boureima kepada orang ramai yang menyambut berita itu dengan gembira.

Presiden Perancis Francois Holande berjanji akan "memberikan bantuan bagi menstabilkan" keadaan di negara bekas jajahannya sementara pelantikan baru, sambil menambah bahawa ia yakin Compaore akan "mengambil keputusan tepat dalam beberapa jam bagi mencapai kestabilan".

Kesatuan Eropah menyeru, rakyat Burkina Faso perlu mengambil keputusan siapa yang akan dipilih memerintah negara mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.