Header Ads

Serie A: Tevez bantu Juventus belasah Parma 7-0

Penyerang Carlos Tevez menyatakan pasukannya Juventus tampil sempurna selepas memusnahkan Parma dengan jaringan besar 7-0 di Stadium Juventus, dalam aksi Serie A, semalam.

Dalam perlawanan berkenaan, Apache - gelaran Tevez, telah menyumbang dua gol dimana satu diantaranya dijaringkan dengan aksi hebat dengan kawalan bola daripada tengah padang sebelum berjaya melepasi tiga halangan bek lawan dan sekaligus menewaskan penjaga gol Parma.

"Kami bermain perlawanan besar," kata Tevez sambil tersenyum selepas perlawanan tamat.

"Penting bagi kami meraih kemenangan dan kami melakukannya dengan baik tanpa melakukan kesilapan. Kami telah banyak mensia-siakan peluang baru-baru ini, tapi hari ini jadi kami kembali menebusnya dan menyempurnakannya di depan gawang," ujarnya.

Perkembangan lain, Tevez dikatakan akan dipanggil untuk skuad kebangsaan Argentina di mana dia kembali mendapat tempatnya dalam skuad Albiceleste selepas lama dipinggirkan.

"Sekarang ada tugas antarabangsa dan saya sangat gembira kerana boleh kembali mengenakan jersi Argentina," ujar Tevez.
Dikuasakan oleh Blogger.