Header Ads

Serpihan bangkai pesawat MH17 mula dikumpul

Selepas menghadapi kelewatan selama 4 bulan, serpihan pesawat Airlines MH17 kini mula diangkut para pekerja. Pesawat MH17 itu musnah selepas didakwa dihentam peluru berpandu pemusnah pesawat ketika terbang di zon perang di Ukraine timur kepada Julai lalu.

Kelihatan pekerja memotong bahagian bangkai dari pesawat tersebut. Kemudian, kepingan serpihan besi itu diangkut ke trak dengan menggunakan kren. Operasi ini kepada awalnya sukar dilakukan kerana dihalang oleh pemberontak disebabkan konflik di Ukraine.

Operasi itu yang dijangkakan memakan masa beberapa hari. Majlis Keselamatan Belanda mengatakan, serpihan akan diangkut ke Belanda untuk siasatan.

"Serpihan itu akan membantu siasatan punca kemalangan," kata Majlis Keselamatan dalam satu kenyataan yang dipetik BBC, semalam.

Beliau juga menambah, mereka berhasrat untuk membina semula bahagian serpihan dari pesawat tersebut.

Ketua Perkhidmatan Kecemasan di Donetsk, Alexander Kostrubitsky berkata, banyak jasad mangsa terkorban telah ditemui di bawah serpihan bangkai pesawat berkenaan. Pasukan kementerian kecemasan Donetsk yang mengumpulkan serpihan MH17 itu bekerja di bawah pengawasan pegawai Belanda.

Pada mulanya, kerajaan Belanda ingin memindahkan serpihan itu bersendirian. Namun, kerajaan mereka bersetuju bekerjasama dengan kementerian kecemasan tempatan kerana bimbang keselamatan kakitangan mereka di kawasan konflik.

Jurucakap Majlis Keselamatan Belanda Wim van der Weegen berkata, disebabkan lokasi kejadian berada di kawasan konflik, pasukannya tidak berhasrat mengangkut sendiri semua serpihan bangkai pesawat nahas tersebut.

"Majlis telah mengenalpasti bahagian yang terpenting dari serpihan itu untuk dilakukan siasatan dan akan memberi keutamaan kepada penyelesaian kes ini," tambah Wim.

Sebahagian dari mereka yang terkorban dalam nahas berkenaan merupakan warga negara Belanda dan kerajaan Belanda telah bertindak mengetuai siasatan nahas ini.

Pakar dari Belanda terlebih dahulu tiba di lokasi kemalangan berhampiran desa Grabove kepada Selasa (11 November) pagi. Namun mereka tidak dapat menjalankan kerja mengangkat serpihan disebabkan tiada perjanjian telah dicapai dengan kumpulan pemberontak tempatan.

Walaupun pakar itu belum menentukan punca sebenar kemalangan tersebut, Ukraine dan negara-negara Barat menuding pemberontak pro-Rusia yang menembak pesawat MH17 jatuh dengan peluru berpandu buatan Rusia. Tuduhan itu telah dibantah dibantah Rusia sebelum mendakwa pesawat berkenaan ditembak jet pejuang tentera Ukraine.

Sebahagian besar pemimpin G20 sidang kemuncak memberi tumpuan kepada kedudukan pemimpin Rusia Vladimir Putin berkaitan konflik Ukraine. Di mana pemimpin Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada terus mengkritik Putin.
Dikuasakan oleh Blogger.