Header Ads

Sweden secara rasmi iktiraf Negara Palestin

Kerajaan Sweden secara rasmi telah mengiktiraf Negara Palestin, kelmarin (Khamis, 30 Oktober). Pengumuman itu dibuat ketika meningkatnya ketegangan dan keganasan di Jerusalem dan kecaman terhadap Israel oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB.

"Kami berharap pengiktirafan negara ini akan membantu menghidupkan kembali proses damai Israel-Palestin yang tidak baik, dan supaya negara-negara Kesatuan Eropah yang lain akan mengikuti," ucap Menteri Luar Negeri Sweden Margot Wallström seperti dipetik dari VOA News, semalam.

"Sesetengah menyatakan keputusan ini dibuat terlalu gopoh. Malah, saya bimbang bahawa keputusan ini (iktiraf Palestin) sudah terlambat," jelas Margot seperti dilaporkan Russian Today.

Namun, keputusan berkenaan mendapat pujian daripada Presiden Palestin. "Pemimpin Palestin Mahmoud Abbas menyambut langkah bersejarah yang dilakukan oleh Sweden. Presiden Abbas menyambut baik keputusan Sweden," beritahu jurucakap Nabil Abu Rudein.

Walau bagaimanapun, tindakan itu mendapat kecaman dari Israel, yang kemudian menarik duta besarnya dari Stockholm. Langkah berkenaan secara rasmi menyebabkan hubungan Israel dengan Sweden tegang.

"Keputusan kerajaan Sweden mengiktiraf Negara Palestin adalah keputusan mengecewakan, yang hanya menyokong unsur-unsur ekstremis dan penolakan terhadap Palestin," kata Menteri Luar Negeri negara haram Yahudi itu, Avigdor Lieberman.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Amerika Jen Psaki berkata, Amerika menyokong negara Palestin, tetapi hanya melalui rundingan langsung antara Israel dan Palestin, dengan menyelesaikan status akhir pelbagai masalah dan menamatkan konflik.

Palestin berusaha mendirikan negaranya di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang disekat dan dijajah oleh Israel, dan Jerusalem Timur diperuntukan sebagai ibu negara Palestin.

Tapi usaha bertahun-tahun membentuk penyelesaian dua negara dengan Israel tidak pernah mencapai kemajuan dan Palestin kini seolah-olah melihat tidak ada pilihan selain melakukan penyelesaian sebelah pihak untuk mendirikan negara Palestin.
Dikuasakan oleh Blogger.