Header Ads

Tanpa subsidi, RON95 lebih mahal daripada RON97?

Ramai yang tak seronok minyak Ron97 turun 20 sen 2 hari lepas. Dari RM2.75 kepada RM2.55/liter. Sebab mereka kata, minyak orang kaya telah turun, berbanding minyak orang miskin tak turun malah naik bulan lepas. Aku adalah seorang yang bergembira dengan penurunan minyak Ron97 ini, kerana aku memang guna minyak ini untuk kereta ODC RA2 aku.

Banyak jimat woo, kereta 2.2cc kereta MPV Honda aku tu, jika menggunakan Ron97 berbandingkan dengan Ron95. Lebih kurang RM20-30 aku dapat jimat jika balik ke Terengganu. Pedulilah jika ada orang whatsapp yang mengatakan penambahan Octane number tidak memberi kesan apa-apa pada kereta. Yang secara praktikalnya, memang Ron97 lebih bagus daripada Ron95. Kereta aku pun tak banyak gegar berbanding aku menggunakan Ron97 dari Ron95.

Tapi, bukan itu yang hendak aku cerita hari ini..

Hari ini aku nak cerita, bahawa korang semua memang sudah kena kencing berdiri oleh pepuak umno yang haru biru mentadbir Malaysia.

Nak tanya,... Ron97 sekarang, harga seliter adalah RM2.55. Tanpa subsidi. Harga yang diapung.

Nak bagitau pulak, Ron95 sekarang berapa duit? RM2.30. Bersubsidi 0.28. Ini yang dikata oleh menteri. Bukan aku. Ron95, sekarang, harga RM2.30 bersubsidi RM0.28... (Baca SINI)

Cuba korang campurkan;

RM2.30 + RM 0.28 = RM 2.58

Harga apungan RON95 adalah RM 2.58/liter di Malaysia?

Harga apungan RON97 adalah RM 2.55/liter di Malaysia?

Jadi, apa cerita gila ni?? RON97 lebih murah dari harga RON95.... kah kah kah kah...

Menteri umno dah kantoi buat kerja bodoh. Apalagi PR, buatlah kerja korang... janganlah buat kerja bodo macam dap yang mangkuk itu asyik serang kawan sahaja. Kali ini seranglah umno bn yang sedang terkantoi buat silap nii.

ibnmustaffa
Dikuasakan oleh Blogger.