Header Ads

Ular dalam kereta bekas isteri Ahmad Dhani yang terkunci

Maia Estianty terkejut apabila mendapati ular berada dalam kereta mewahnya. Artis dari Indonesia itu hairan bagaimana ular berkenaan boleh masuk ke dalam keretanya, padahal semua pintu kereta dikunci.

Namun demikian, Maia yang juga bekas isteri kepada penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani itu tidak mahu berfikiran negatif dengan kejadian berkenaan.

Maia turut mengambil gambar ular berkenaan dan mengeposnya dalam akaun Instagram peribadinya sambil meluahkan rasa terkejutnya di media sosial tersebut.

"Jumpa ular di bahagian bonet (belakang) kereta kesayanganku yang sedang tertutup, bagaimana cara kemasukan ya?" tulis Maia dalam akaun Instagram.

Beliau bernasib baik kerana ketika kejadian, beliau tidak berada dalam kereta berkenaan.

"wow ... bernasib baik tidak naik kereta itu," ungkapnya.

Ular berkenaan berwarna kuning keemasan dan sangat panjang.
Dikuasakan oleh Blogger.