Header Ads

[Video] 9 terbunuh jet peribadi meletup ketika mendarat

Pendaratan yang dilakukan Lear 36 Executive Jet berakhir dengan tragedi. Kecelakaan pesawat Jet peribadi itu disebabkan kerana melanggar kren di kawasan pembinaan kapal di Bahamas dan meletup.

[Tonton video berkaitan di bawah artikel]

"Sembilan orang terbunuh selepas pesawat peribadi melanggar kren di kawasan pembinaan kapal di Bahamas," demikian lapor News.com.au, hari ini.

Menurut kenyataan dari Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan tempatan, Lear 36 Executive Jet berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Lynden Pindling di Nassau dan terhempas semalam, kira-kira jam 5.00 petang waktu tempatan ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Grand Bahama.

"Punca kecelakaan itu masih belum diketahui. Pesawat berkenaan telah hancur musnah," demikian sumber maklumat dari Jabatan Penerbangan Awam.

Grand Bahama terletak kira-kira 70 batu (113 kilometer) dari timur Florida, Amerika Syarikat.

Dikuasakan oleh Blogger.