Header Ads

[Video] Rakaman awal diambil sebaik sahaja MH17 jatuh

Video terbaru telah dikeluarkan berkaitan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh peluru berpandu di ruang udara timur Ukraine poada Julai lalu.

Video berdurasi 2 minit itu menunjukkan kejadian pesawat berkenaan sedang terbakar dan kelihatan kejadian seperti baru sahaja terjatuh berhampiran kawasan penempatan penduduk di kawasan Hrabove. Mereka menyangka ia adalah pesawat tentera negara itu.

Menurut laporan AP, video amatur yang diperoleh agensi berita itu adalah diambil sendiri penduduk kawasan berkenaan selepas berlakunya pesawat terhempas.

Video berkenaan menunjukkan kejadian yang berlaku pada tengah hari itu, penduduk sedang bergegas ke kawasan nahas yang kelihatan pesawat sedang terbakar, hanya beberapa meter jaraknya dari rumah mereka.

Mereka sibuk bertanyakan keadaan dan nasib juruterbang berkenaan kerana sebelum itu, kebiasaannya juruterbang atau anak kapal yang terselamat akan dijadikan tebusan oleh puak pemisah.

Penduduk kampung turut beranggapan pesawat yang jatuh itu adalah pesawat Ukraine yang ditembak selain mereka tertanya-tanya adakah pesawat yang jatuh itu lebih dari sebuah kerana mendapati terlalu banyak serpihan bangkai pesawat yang jatuh. Namun ada di kalangan penduduk berkata, hanya sebuah pesawat yang jatuh, jawab kepada pertanyaan berapakah bilangan pesawat yang jatuh.

Hasil siasatan nahas yang berlaku 17 julai lalu belum lagi dikeluarkan, namun Ukraine dan negara-negara Barat saling menuding jari terhadap pemberontak pro-Rusia yang menembak pesawat MH17 jatuh dengan peluru berpandu buatan Rusia.

Namun sebaliknya versi bagi pihak Rusia mendakwa pesawat MH17 ditembak jet pejuang tentera Ukraine.

Semalam, kerajaan Belanda yang mengetuai penyiasatan nahas pesawat MH17 telah berusaha untuk membawa keluar dan mengutip serpihan bangkai pesawat MAS itu untuk urusan siasatan lanjut.

Majlis Keselamatan Belanda mengatakan, serpihan akan diangkut ke Belanda untuk siasatan.

"Serpihan itu akan membantu siasatan punca kemalangan," kata Majlis Keselamatan dalam satu kenyataan yang dipetik BBC, semalam.

"Majlis telah mengenalpasti bahagian yang terpenting dari serpihan itu untuk dilakukan siasatan dan akan memberi keutamaan kepada penyelesaian kes ini," tambah Wim.

Sebahagian dari mereka yang terkorban dalam nahas berkenaan merupakan warga negara Belanda.
Dikuasakan oleh Blogger.